Sunday, August 7, 2011

A White Piece of Cloth


Hari ini ialah Ramadhan yang ke-7, dan tarawikh hari ke-8.
Harini Alhamdulillah dapat tarawikh di masjid. Berbuka pun dekat masjid. Alhamdulillah. Sementara menunggu solat tarawikh selepas solat isyak, ada seorang kanak-kanak perempuan yang merengek-rengek nak solat sebelah ibunya. Ibunya dengan lembut berkata bahawa "saf ni bukan untuk budak-budak, adik solat kat belakanglah", lebih kurang macam ni lah ayat makcik tersebut. Adik tersebut pun mungkin dengan hati terpaksa, pergi meninggalkan ibunya yang berdiri disebelah kanan saya.

Ini mungkin situasi yang biasa, tapi ia mengingatkan kepada zaman saya kecil dahulu. Nak sangat solat di saf depan dengan mak dan kakak-kakak, tapi selalu ditinggalkan di belakang. Namun, isu pentingnya ialah jadilah seperti mak budak tu. Pengajaran yang boleh diambil daripada cerita ringkas tadi ialah mak tadi yang ingin beribadah turut membawa anaknya yang saya kira dalam umur lima tahun ke masjid. Inilah cara untuk mendedahkan anak-anak kepada persekitaran ibadah dan memperkenalkan mereka dengan solat tarawikh. Walaupun mereka datang kadang-kadang hanya untuk membuat bising, tapi sekurang-kurangnya mereka dapat merasakan keistimewaan Ramadhan. Bila tengok kanak-kanak tu datang dengan ibu bapa, siap ada yang dipakaikan dengan telekung yang comel-comel, rasa terharu sangat kerana meraka ibarat kain putih yang bersih, dibawa mengenal rumah Allah, suasana serta keistimewaan Ramadhan. Ada juga ibu-ibu yang membawa bayi yang entah berapa bulan, nampak susah kalau bayi mula menangis tapi itulah kehebatan ibu-ibu tu, sambil beribadah sambil jaga bayi, dan yang penting ialah at Least bayi tu boleh mendengar alunan ayat-ayat suci Al-Quran. Melihat bagaimana ibu bapa mendidik anak mereka, saya jadi kagum. Andai diizinkan Allah untuk saya berkeluarga, ingin saya bawa anak-anak saya kelak mengenal Allah dalam usia yang muda agar mereka mencintai Allah dengan sepenuh hati sehinggalah ke akhir hayat mereka. Inilah doa saya. Semoga Allah makbulkan. Ameen.

Dan satu lagi pengajaran, kanak-kanak kena duduk saf belakang ye. Habis putus saf orang dewasa kalau budak-budak ni mencelah. Jadi mak-mak, mari kita didik anak kita dengan Islam yang sebenar-benarnya. Insya Allah tak hilang ke mana nya budak tu. Insya Allah dia selamat dalam rumah Allah.

Akhir kata, Keep up the good job mothers!!

Pesanan Khidmat Masyarakat:
Ingatlah redha Allah yang dicari bukan redha manusia. Ingat ni sampai penghujung nyawa.
Renung-renungkan dan selamat beramal. :D

No comments:

Post a Comment