Pesanan dari Imam Ghazali:
"Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran, tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat, jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika tidak kau temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati"
Aku tidak mempunyai hati. Hatiku tiada di ketiga-tiga tempat. Setiap kali ujian datang, aku tutup hatiku, aku lorekkan ia sedikit demi sedikit sehingga akhirnya ia hitam legam. Kini kebaikan tidak terlihat indah, kemaksiatan tidak terlihat buruk. Dalam hati itu tiada lagi rasa, ibarat kapal terbang dalam mode 'autopilot', tiada lagi Iman yang memandunya. Ia bergerak mengikut panduan nafsunya.
Aku umpama anak kecil yang tidak tahu apa-apa. Tidak tahu yang hatinya telah kotor, hitam legam, tidak tahu bahawa hatinya tidak sama dengan hati anak kecil yang lain yang bersih umpama kain putih...
No comments:
Post a Comment